Berita yang baru saya terima, Adun BN Kerdau dalam bahagian Kuala Krau, Pahang, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah meninggal dunia sebentar tadi jam 6.30 selepas jatuh di dalam bilik air.
Sebelum ini, Datuk Zaharudin Abu Kassim pernah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada tahun lalu.
Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.
* Andai berita yang saya dapat ini benar-benar sahih, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.